BiaoJiOk Latar Belakang – SMA Al-Ehya Al-Karim

Latar Belakang

MEKAR SMAJEK

SMA (JAIM) Al-Ehya El-Karim merupakan sebuah sekolah kategori Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1943 dan terletak di Tanjung Bidara, Melaka. SMA (JAIM) Al-Ehya El-Karim juga dikenali dengan nama Maahad Al-Ehya El-Karim atau singkatannya MEKAR.

Ditubuhkan secara persendirian oleh Tn. Hj. Abd. Karim b. Dalip. Beliau merupakan seorang anak tempatan kampung Tanjung Bidara. Pengajian di sekolah ini adalah berorientasikan pengajian pondok berteraskan Bahasa Arab dan Kitab Thuras. Awalnya sekolah ini terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan namun, pada tahun 2000, sekolah ini terdiri daripada pelajar perempuan sahaja.

Pada tahun 1980-an, pengurusan MEKAR telah diambil alih oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Pada tahun 2006, JAIM telah membuat perjanjian MOU dengan JAPIM dan selepas itu MEKAR diletakkan di bawah kategori SABK.