Program KEMBAQ Ting.1

Satu program Kaedah Mudah Bahasa Arab Teori dan Aplikasi “Insyaa” atau dikenali KEMBAQ (Kaedah Mudah Bahasa al-Quran) telah dijalankan pada 21 dan 22 Julai yang lalu, anjuran Panitia al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asirah (LAM). Fasilitator daripada Smart Khair telah dijemput ke sekolah untuk berkongsi kaedah ini.

Program yang bermula selepas solat Jumaat sehingga jam 5 petang keesokannya ini telah melibatkan peserta yang terdiri daripada murid-murid Tingkatan 1 Sesi Akademik 2023/2024.

Antara objektif program adalah untuk meningkatkan kemahiran menulis karangan dalam Bahasa Arab sekaligus dapat meningkatkan minat peserta terhadap Bahasa al-Quran; bahasa Syurga.

Melalui pendekatan yang santai dan menyeronokkan peserta telah dapat meningkatkan kemampuan membina ayat Bahasa Arab dalam masa yang singkat.

Program seumpama ini juga pernah diadakan pada 5 dan 6 Mei 2023 lalu untuk murid-murid Tingkatan Tiga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *