Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sesi Akademik 2023/2024

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas-pengawas MEKAR bagi sesi akademik 2023/2024 telah diadakan semalam, 17 Julai 2023 (Isnin), di Dataran Hafizah, SMA Al-Ehya Al-Karim. Majlis telah disempurnakan oleh Pegawai Perhubungan Polis Sekolah iaitu Insp. Mohd Nadzir bin Abdol Rahman, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Alor Gajah. Turut hadir, Sarjan Majid bin Syawal.

Semua murid yang dilantik menjadi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Pengawas Badan Dakwah dan Rohani (BADAR), Pengawas Rakan Sebaya, Pengawas Asrama, Pengawas COMBI, dan juga Ketua Tingkatan telah menerima watikah pelantikan masing-masing semasa perhimpunan rasmi sekolah.

Majlis ini merupakan suatu bentuk pengiktirafan kepada pemimpin cilik yang sama-sama bertanggungjawab menjaga disiplin dan sahsiah pelajar MEKAR di samping mengasah bakat kepimpinan mereka.