
Pasukan Nasyid MEKAR telah mendapat Naib Johan dalam Festival Nasyid Sekolah-sekolah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Peringkat Negeri Tahun 2023 bagi kategori SMA JAIM Terbuka baru-baru ini.
Johan telah dimenangi oleh SMA (JAIM) As-Saiyidah Khadijah manakala tempat ketiga disandang oleh Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka bagi kategori yang sama.
Pertandingan ini telah dijalankan pada 15 Julai (Sabtu) bertempat di SMA (JAIM) As-Syakirin Selandar, Jasin. Anugerah telah disampaikan oleh Tuan Badaruddin bin Mohd Kassim, Pengarah JAIM.
Tahniah diucapkan dan ucapan terima kasih buat Alumni MEKAR; Nur Aqilah Osman serta Aliyah Farisah binti Mohd Firas dan beberapa rakan sebaya yang turut menyumbang tenaga melatih pasukan sekolah.
– Galeri gambar (JAIM)
– Rakaman Majlis Penutup