Pada 19 November (Sabtu) yang lalu, telah berlangsung Kursus Umrah anjuran Muslimin Travel And Tours Sdn. Bhd. di Dewan al-Karamah, MEKAR. Kursus tersebut telah melibatkan seramai hampir 50 orang jemaah yang bakal menunaikan ibadah umrah tidak lama lagi.

Penceramah undangan adalah Ustaz Abd. Razak bin Mat, salah seorang bekas warga pendidik MEKAR semasa beliau berkhidmat dahulu.
Kursus ini merupakan salah satu program yang melibatkan komuniti tempatan dengan sekolah. Salah seorang peserta kursus adalah Pengetua sendiri, Tn. Hj. Johari bin Samad.