Pada 16 Nov lalu, satu program teori dan praktikal sembelihan telah dijalankan di perkarangan blok asrama Firdaus, MEKAR.

Program ini melibatkan semua murid tingkatan 3. Dalam program tersebut, peserta telah diberikan peluang untuk menyembelih seekor burung puyuh setiap seorang.
Sebelum peserta mula menjalankan praktikal, penerangan telah disampaikan oleh En. Ya’akub Abd. Ghani dan dibantu Ust. Muhamad Firdaus Abd Hamid.