BiaoJiOk Khatam al-Quran Tingkatan 1, 1438H – SMA Al-Ehya Al-Karim

Khatam al-Quran Tingkatan 1, 1438H

Peserta sedang mengkhatamkan bacaan al-Quran
Baca – peserta sedang mengkhatamkan bacaan al-Quran

Pada 11 November (Jumaat) lalu, telah berlangsung Majlis Khatam al-Quran Tingkatan 1 anjuran Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR), Sahsiah Unggul Murid (SUMUR), Panitia Pendidikan Islam.

Majlis ini merupakan salah satu program tahunan terbesar MEKAR, khas untuk meraikan semua murid tingkatan satu yang berjaya mengkhatamkan bacaan al-Quran.

Majlis dimulakan selepas solat Maghrib. Peserta-peserta khatam diarak masuk dengan paluan kompang, bunga api serta bacaan selawat. Dalam perarakan tersebut peserta turut diiringi ibubapa yang membawa bunga telur.

Ucapan perasmian majlis
Rasmi – ucapan perasmian majlis

Majlis telah dirasmikan oleh En. Mohd Hamidi bin Zakaria, Ketua Unit Budaya dan Syiar Islam, Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Cyberjaya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Majlis turut dihadiri oleh En. Anwar Bin Yahya, Bapa Angkat MEKAR, Pn. Hjh. Khaslina binti Hj. Iman, Penyelia Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam Sektor Pendidikan Islam, Tn. Hj. Mohd Zaki bin Aminudin, Penyelia Pendidikan Islam PPD Alor Gajah, Tn. Hj. Ali bin Abu, selaku wakil Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Tn. Hj. Zaid bin Md. Saman, YDP PIBG MEKAR.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *