Ceramah dan demonstrasi kebakaran telah diadakan pada 3 Februari lalu jam 3.15 petang. Ia merupakan salah satu aktiviti Program 3K peringkat sekolah di bawah bahagian keselamatan.
Program ini telah melibatkan serta mendapat kerjasama daripada Pegawai Bomba Daerah Masjid Tanah. Dalam program tersebut, murid-murid dan guru telah diberikan taklimat langkah-langkah yang pelu diambil jika berlaku kecemasan di kawasan sekolah. Selepas sesi taklimat, program diteruskan dengan demonstrasi memadam api di Padang Sumaiyah.