BiaoJiOk MEKAR Terbaik Melaka SMA 2015 – SMA Al-Ehya Al-Karim

MEKAR Terbaik Melaka SMA 2015

6 calon Mumtaz Sufi SMA 2015 bergambar bersama Pengetua
Calon Mumtaz Sufi SMA 2015 bersama Pengetua dalam Majlis Penyampaian Anugerah di Auditorium Masjid Al-Azim, Melaka.

MEKAR sekali lagi diumumkan sebagai Sekolah Terbaik Negeri Melaka bagi Peperiksaan Sijil Menengah Arab (SMA) tahun 2015 dalam Majlis Penyerahan Anugerah yang telah dijalankan di Auditorium Masjid Al-Azim, Melaka pada 26 Januari lalu.

Seramai 6 orang calon telah mendapat keputusan Mumtaz Sufi iaitu cemerlang dalam semua kertas yang diambil menjadikan seramai 38 calon mendapat keputusan Mumtaz, 26 calon Jayyid Jiddan dan 3 calon Jayyid. Tiada calon yang mendapat keputusan Maqbul dan Rasib. Semua calon adalah lulus.

Gred Purata Sekolah (GPS) bagi tahun 2015 adalah 1.53 berbanding GPS tahun 2014 iaitu 1.77 menunjukkan peningkatan sebanyak 0.24.

Anugerah telah disampaikan oleh Y.Bhg Datuk Wira Haji Yaakub Bin Md. Amin, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka.

Calon-calon SMA 2015
Calon-calon SMA 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *