25 Januari lalu telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) dan Guru Penyayang di Dataran Jihad, MEKAR, pada jam 7.30 pagi.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, dengan memukul gong sebagai gimik pelancaran. Kemudian YB Datuk telah menurunkan tandatangan serta menulis ucapan selamat buat warga MEKAR yang menyambut hari kelahiran pada bulan Januari dan Februari.
Majlis turut dihadiri Tn. Haji Zaid bin Md Saman, YDP PIBG.