Hari pendaftaran Tingkatan 1 bagi sesi 2016 telah berjalan lancar pada 3 Januari (Ahad) lalu.
Pada hari tersebut murid-murid Tingkatan 1 telah diarak masuk ke dewan dengan bunga manggar dan paluan kompang. Ia merupakan satu simbolik mengalu-alukan kemasukan mereka ke MEKAR.
Murid-murid bersama ibubapa mendengar taklimat daripada pentadbir sekolah di dewan ar-Rahmah. Selepas taklimat, sesi pendaftaran disambung semula.
salam, boleh saya tahu syarat kemasukan tingkatan 1 bagi sekolah ini ?
Wasalam. Kemasukan Tingkatan 1 ke sekolah ini adalah di bawah pengurusan Sektor Pendidikan Islam, Melaka.