Bengkel Audit Tenaga

20151117-Bengkel-Audit-Tenaga-001-560Pada 17 November lalu Bengkel Audit Tenaga telah dijalankan di Sekolah Menengah Arab (JAIM) Al-Ehya El-Karim. Bengkel ini merupakan salah satu program kecekapan tenaga sekolah. Antara matlamat bengkel ini adalah menerapkan amalan penggunaan tenaga secara optimum serta melahirkan insan yang menolak amalan pembaziran tenaga.

Dalam bengkel tersebut, murid-murid diberikan tugasan mengaudit penggunaan tenaga elektrik tempat-tempat tertentu di sekitar sekolah setelah diberikan taklimat oleh En. Mohd Adib bin Othman, guru Sains.

20151117-Bengkel-Audit-Tenaga-002-560Antara bilik yang diaudit adalah pejabat sekolah, bilik guru, makmal sains, bilik tayang, bilik ICT, perpustakaan, surau al-Karamah, dewan al-Karamah, kantin sekolah, dan dewan makan asrama.

Murid yang berjaya mengaudit penggunaan elektrik dengan cepat dan betul diberikan saguhati sebagai galakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *