BiaoJiOk Khatam al-Quran Tingkatan 1 – SMA Al-Ehya Al-Karim

Khatam al-Quran Tingkatan 1

20151106-Khatam-alquran-ting1-IMG_1728

Majlis Khatam al-Quran murid tingkatan satu telah dijalankan pada 6 November lalu, Jumaat. Ia merupakan program tahunan sekolah yang mana setiap murid tingkatan satu akan membaca al-Quran sehingga khatam bermula awal tahun kemasukan mereka ke sekolah ini.

Majlis tersebut telah berlangsung dengan meriah. Peserta diarak dengan bacaan selawat, bunga api dan diiringi ibubapa yang membawa bunga telur. Peserta kemudian mengkhatamkan bacaan al-Quran mereka di Surau al-Karamah.

Majlis turut dihadiri Ketua Sektor Pendidikan Islam, Hj. Ahmad Hamizi bin Abu Hassan, Hj. Muhammad Sani bin Bidin, bapa angkat SMA (JAIM) Al-Ehya El-Karim,  Tn. Hj. Zaid bin Md. Saman, YDP PIBG sekolah, dan En. Nor Aziz bin Ismail, Naib YDP PIBG sekolah.

20151106-Khatam-alquran-ting1-IMG_1791 20151106-Khatam-alquran-ting1-IMG_1779

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *