MEKAR telah mendapat Naib Johan bagi dua pertandingan dalam Mahrajan al-Quran Sekolah-sekolah (MQSS) KPM peringkat Negeri Melaka Tahun 2023 yang dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam (SPI), Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM) baru-baru ini.
Bagi pertandingan Nasyid Sekolah Menengah, MEKAR telah mendapat Naib Johan, SMKA Sultan Muhammad sebagai Johan sementara SMA (JAIM) As-Saiyidah Khadijah di Tempat Ketiga.
Bagi pertandingan Khat Sekolah Menengah (P); adik Nur Hanani Balqis bt Mohd Nasir yang mewakili MEKAR telah mendapat Naib Johan, Johan; SMK Sungai Rambai, Tempat Ketiga; SM Sains Muzaffar Syah.
Kedua-dua pertandingan ini telah berlangsung di SK Tangga Batu pada 17 Julai (Isnin) lalu. Keputusan akhir bagi kesemua acara yang dipertandingkan diumumkan di SMA (JAIM) Al-Ahmadi, hari yang sama.
Majlis Perasmian Penutup program telah disempurnakan oleh Tuan Badaruddin bin Mohd Kassim, Pengarah JAIM.
.
.
Pautan berkaitan: