Unit Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR) dan Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) telah menobatkan adik Siti Habibah Suleiman sebagai Tokoh Kepimpinan BADAR 2016 manakala adik Noor Shahirah Zulkarnain sebagai Tokoh SUMUR 2016.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh pengetua, Tn. Hj. Johari Samad pada 21 Nov lalu dalam perhimpunan rasmi sekolah.
Anugerah ini adalah bertujuan memberi pengiktirafan kepada murid yang menunjukkan ketokohan dalam sahsiah dan juga kepimpinan.

