Pada 11 November lalu, satu majlis sambutan hari lahir bagi warga MEKAR telah dijalankan di surau al-Karamah.
Program dimulakan dengan bacaan surah al-Kahfi diikuti bacaan doa selamat oleh Pengetua sekolah, Tn. Hj. Johari bin Samad.

Selepas solat sunat Dhuha dan Hajat, program diteruskan dengan acara memotong pulut kuning beramai-ramai oleh murid-murid dan guru-guru yang diraikan.
Sebelum bersurai, pengetua menyampaikan tazkirah ringkas sempena program tersebut.