Wawasan

WAWASAN SEKOLAH

Menjadi sekolah terkemuka di Melaka dan Malaysia dengan mengamalkan pengurusan sekolah serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkualiti ke arah membentuk insaniah pelajar yang berjaya di dunia dan akhirat.

Bagi mencapai visi sekolah, beberapa strategi ‘Bersedia Menerima Perubahan’ perlu diberi perhatian. Antaranya ialah:-

  1. Bersedia untuk menerima teguran dengan hati terbuka;
  2. Bersedia untuk mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan;
  3. Bersedia untuk menyumbangkan tenaga dan idea;
  4. Bersedia untuk memelihara dan mempertingkatkan nama baik sekolah;
  5. Bersedia untuk menghidupkan budaya ilmu.